Tuesday, June 15, 2010

BULAN REJAB 2010


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.

Awal bulan Rejab belum lagi terisi dgn amalan yang dituntut. Kebetulan mengemas kotak buku, terjumpa risalah amalan bulan Rejab utk di amalkan. Jom...kita amalkan seberapa yang termampu. "Ya Allah, bantu kami...agar diberi kekuatan untuk beramal dengan hati yang ikhlas dan diredhaiMu"


AMALAN BULAN REJAB (Petikan ceramah Tn Hj. Lufth Ahmad di Msjd Jamek Tapah)

3 prk yang digalakkan untuk dilakukan di dalam bulan Rejab:

i) BERBALIK KEPADA ALLAH yakni menunaikan perentahNya dan menjauhi laranganNya.
ii) Memperbanyakkan TAUBAT iaitu membaca istigfar.
iii) JANGAN BERCADANG LAGI utk melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Di samping itu berpuasa qadha, puasa sunat, bersedekah, berzikir dan isi masa dengan ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Banyakkan berdoa agar umur diberkati dan dapat bertemu dan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan serta mendapat kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan terutamanya malam qadar.

"YaAllah, berkatilah usiaku di bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan."

Pengenalan.......


Assalamualaikum....

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mengisi masa terluang dengan berkongsi cerita dan ilmu. Mudah-mudahan memberi manafaat di dunia dan akhirat.